x.Photographer.x


DIARY PRINCESS FREINDS WORKERS FB TWITTER ASK.FM +FOLLOW

Terima Hakikat benda ni ada pada Hidup aku :') .
Telapak tangan berpeluh atau nama saintifiknya Palmar Hyperhidrosis merupakan suatu keadaan di mana si pesakit tidak dapat mengawal peluh di telapak tangan.. peluh itu akan keluar pada bila-bila masa sahaja dalam jumlah yang besar walaupun si pesakit tidak melakukan sebarang aktiviti. Berkeringat merupakan usaha tubuh untuk mengeluarkan panas sebagai respon dari rasa cemas, cuaca panas, stress, demam, dan sebagainya. Keringat(peluh) berlebihan pada telapak tangan merupakan suatu keadaan yang disebut sebagai hiperhidrosis palmar, terjadi sebagai akibat dari hiperaktivities (aktiviti yang berlebihan) sistem saraf simpatetik yang meningkatkan kerja kelenjar peluh. Nama lain untuk hiperhidrosis  antara lain: keringat berlebihan, hyperhidrosis, hyperidrosis, polyhidrosis, excessive sweating.

Menurut kajian hiperhidrosis berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini tidak memudaratkan sehingga membawa maut, namun akan menyebabkan kualiti hidup seseorang terganggu akibat tekanan emosi, malu untuk bersosial dan menganggu pekerjaan seperti kesukaran untuk menulis. Penyakit ini amat sukar untuk dirawat dengan berkesan.

Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, namun peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf dikenali sebagai sympathetic.
Secara umumnya, dalam keadaan biasa, hypothalamus iaitu bahagian otak yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat kepada saraf peluh. Saraf ini sebahagian daripada sistem saraf sympathetic yang terletak dalam rongga kaviti. Bagaimanapun, dalam kes hiperhidrosis, kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang dihantar.

Hiperhidrosis adalah suatu kelainan yang terjadi kerana aktiviti kelenjar peluh yang berlebihan. Hiperhidrosis dapat bersifat primer maupun sekunder.

Hiperhidrosis Primer
Hiperhidrosis primer lebih banyak bersifat idiopatik atau tidak diketahui sebabnya, namun pada beberapa keadaan, hal ini dapat disebabkan oleh meningkatnya aktiviti saraf simpatis kerana stress. Sedangkan sebab lain di sebutkan kerana faktor genetik.

Hiperhidrosis Sekunder
Hiperhidrosis sekunder disebabkan kaerana adanya penyakit yang mendasari yang diderita pesakit atau kerana penggunaan ubat-ubatan. Berikut beberapa contohnya:
- Trauma saraf tulang belakang
- Kematian saraf perifer
- Lesi atau tumor otak
- Monopause
- Penyakit infeksi
- Penyakit metabolik
- Penyakit jantung
- Ubat-Ubatan (propanolol, pilokarpin, golongan antidepresan trisiklik dan golongan Serotonin Reuptake Inhibitor (SSRI)).

Antara kemungkinan penyebab penyakit ini;
-Mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan stress.
-Dikaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung, dan organ reproduktif
-Alahan
-Gangguan emosi contohnya gelisah, marah, kebingungan, was-was, cemas, dll
-Faktor genetik

Kesan Palmar Hyperhidrosis:
-menyebabkan seseorang berasa terganggu dan tidak selesa.
-menjejaskan keyakinan diri dalam berinteraksi secara sosial (contoh: menyebabkan si pesakit malu untuk berjabat tangan dengan orang lain)
-menyebabkan tekanan
-mengalami kesulitan mengoperasikan dan menggenggam alat-alat tertentu seperti pisau, pen atau memainkan alat muzik.
-mengakibatkan dehidrasi/kehilangan cairan tubuh.

Contoh situasi yang sering dihadapi oleh penghidap penyakit ini:
-Rase segan nak salam dengan orang 
-Mengesat-ngesat dahulu tangan sebelum bersalaman
-Memerlukan tisu bila nak pegang sesuatu sebab bila tangan berpeluh, nak pegang benda tu pun macam licin
-Setiap kali memegang sesuatu, pasti akan meninggalkan kesan basah kat benda tersebut

Tapi kan., antara kebaikan kepada pesakit yang menghidap penyakit ini ialah telapak tangannya akan sentiasa lembut, halus, licin, mulus.. :senyum:
tapi rase sedih pulak bila bersalam dengan orang lain, ade yang berkata, "Mak oi...lembutnya tangan dia ni... ni mesti tak pernah masuk dapur!". 


Rawatan:

-Guna anti-perspirant yang mengandungi aluminum chloride.
-Makan ubat anticholinergic (seperti Ditropan, Robinul dan Cogentin) yang bekerja dengan mencegah stimulasi dari kelenjar peluh (tapi ada efeknya iaitu mulut kering, perasaan melayang (dizziness), penglihatan kabur, sembelit, hilang selera makan)
-Iontophoresis iaitu dengan mengalirkan arus elektrik berkekuatan rendah pada tangan yang dicelupkan di dalam air selama 10-20 minit dengan tujuan untuk ’menutup’ saluran peluh.
-Pembedahan Endoscopic thoracic sympathectomy (ETS) iaitu dengan memotong syaraf simpatis di tulang belakang di wilayah tulang dada (thorax).
-Suntikan toksin Botulinum @ Botox.

0 comment[s] | back to top